Tuesday, May 5, 2009

Jom bangun!!! =)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ingin dikongsikan sedikit hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai solat malam, agar kita dapat amalkannya, insyaAllah. Kesemua hadis-hadis yang saya tulis dibawah ini diambil daripada buku Sahih Bukhari, semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan sekalian sedikit demi sedikit.

Diberitakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah Yang Maha Suci lagi Agung turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: Barang siapa berdoa kepada-Ku akan Kuperkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberikan dia. Siapa yang minta ampun akan Kuampuni dia"

Jika difahami hadis diatas, waktu sepertiga akhir malam itulah waktu yang paling dekat antara Allah dan hamba-Nya. Jadi jika kita inginkan pertolonganNya, bangunlah kita menunaikan solat sunat tahajjud, itulah waktu yang terbaik untuk kita berdoa.

Allah berfirman dalam surah Al-Muzammil, ayat 1 hingga 9:
" Wahai orang yang berselimut! Bangunlah pada malam hari, kecuali sebagian kecil, separuh atau kurang sedikit dari itu, atau lebih dari itu. Dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.

Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan waktu itu) lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan yang panjang, dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati. (Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung"


Jika kita lihat pada ayat 20 dari surah tersebut, Allah memberi keringanan kepada hamba-Nya dalam mengerjakan solat malam. Jadi janganlah kita memberatkannya, dan buatlah sekadar yang mampu. Memang susah untuk kita bangun pada malam hari, terasa malas, mengantuk yang amat sangat, tetapi, itulah godaan musuh kita menyuruh kita untuk terus berselimut.

Diberitakan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat 3 buah simpul dikepalanya. Untuk setiap simpul ia mengatakan 'Tidurlah engkau sepanjang malam'.

Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika dia berwudhu, lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat, terbukalah seluruh simpul.

Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bengun pagi dengan perasaan serba tak sedap dan malas"


Saya sendiri pun susah juga untuk bangun malam, harap dengan perkongsian ini dapat memberikan semangat untuk kita bangun malam. Banyak kelebihan solat malam ini tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Diceritakan dari Ali bin Abi Talib bahawa pada suatu malam Nabi s.a.w. mengetuk pintu rumahnya bersama Fatimah. Sabda baginda: "Kenapa kalian tidak solat?"

Jawab Ali: "Ya rasulullah! Diri kami di tangan Allah. Apabila Dia menghendaki kami bangun, kami akan bangun"

Mendengar jawapan itu, baginda berpaling tanpa mengucapkan sepatah kata pun kepadaku. Tetapi kemudian aku mendengar beliau memukul pahanya sendiri, dan berkata "Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah".

Jadi marilah kita sama-sama menyahut seruan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Bukan untuk menyusahkan kita, tetapi untuk kebaikan diri kita sendiri, insyaAllah =)

5 comments:

  1. salam,
    bagus artikel ni *thumbs up*
    but
    nak tambsah sikit,

    untuk memudahkan bangun malam, sunnah tidur skjap pd tghari.. dlm stgh jam, dan sebaik2nya bangun sblm tgelincir matahari waktu zohor.
    insyaAllah.sama2 amalkan :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih andi..
    sape andi ni yer??

    ReplyDelete
  3. salam.maaf...copy yer artikel ni..syukran munir
    salam

    ReplyDelete
  4. geng, anda.anDi.andu.

    munir, sile refresh..hehehe

    ReplyDelete
  5. anda.andi.andu??
    farid affendy ke?

    ReplyDelete