Monday, December 5, 2011

Syaitan Menanamkan Kekufuran


"Tidakkah engkau melihat, bahawa sesungguhnya Kami telah mengutus syaitan-syaitan itu kepada orang-orang kafir untuk mendorong mereka (berbuat maksiat) dengan bersungguh-sungguh?"
-Surah Maryam, ayat 83-

Allah menerangkan bahawa syaitan sangatlah kufur dan suka melawan. Al-Quran juga mengajarkan bahawa syaitan akan mendekati manusia dari setiap arah, dan ia akan berusaha dengan segala cara untuk membawa manusia kepada kerosakan moral.

Metode yang paling sering dilakukan syaitan dalam rencana jahatnya adalah menghalang manusia dari melihat kebaikan dalam segala peristiwa yang menimpanya. Dengan demikian, ia juga berusaha untuk menyesatkan manusia kepada keberontakan dan kekufuran. Orang yang tidak mampu memahami keindahan akhlak Al-Quran akan jauh dari ajaran Islam dan mereka menghabiskan kehidupan mereka hanya untuk mengejar kesia-siaan dan melupakan akhirat.

Syaitan membisikkan tipu daya yang menyenangkan kepada manusia. Ia mengajaknya untuk melawan Allah. Seseorang mungkin tidak akan merasa kesusahan untuk melihat jirannya terkena musibah kerana itu adalah sebahagian dari takdirnya. Namun dia tidak bersikap demikian ketika ia atau keluarganya tertimpa musibah yang sama. Kerana hasutan syaitan, ia lebih mudah melawan kepada Allah.
-Harun Yahya-

Sumber: Miracle The Referrence, Syamail Alquran 22 in 1

Friday, November 4, 2011

Bersabarlah


"Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari dengan mengharap keredhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia, dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melampaui batas"
-surah Al-Kahfi, ayat 28-

Firman Allah "dan bersabarlah engkau" yakni duduk dan berkumpullah kamu dengan mereka yang mengingati Allah, bertahlil kepadaNya, bertakbir, bertasbih, bertahmid, dan yang selalu meminta hanya kepadaNya di pagi dan petang hari, tanpa memilih apakah ia dari golongan yang kaya atau miskin, kuat atau pun lemah.

Disebutkan bahawa ayat ini diturunkan ketika beberapa orang pembesar kaum Quraisy meminta Nabi Muhammad s.a.w. jika hendak berdakwah kepada mereka, maka hendaklah tidak menggabungkan mereka dengan kaum lain dan tidak boleh bersama para sahabat Nabi s.a.w. yang tidak berdarjat tinggi sebagaimana kaum Quraisy.

Demi melemahkan dan membantah permintaan pembesar kaum Quraisy ini, Allah menurunkan ayat ini (ayat 28 surah Al-Kahf). Selain memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w untuk tidak mengabulkan pemintaan pembesar kaum Quraisy, Allah mengajar Nabi s.a.w. untuk menjadikan sabar sebagai perisai diri dalam berdakwah kepada mereka.

"Dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya", iaitu tidak mengikuti permintaan orang yang disibukkan dengan dunia dan meninggalkan akhirat. "Dan keadaannya sudah melampaui batas", mereka memiliki amal yang seluruhnya melampaui batas dan sia-sia, jangan sesekali mentaati dan sejalan dengan keinginan buruk mereka.
-Tafsir Ibnu Katsir-

Semoga perkongsian tafsir ayat 28 surah Al-Kahfi ini bermanfaat buat sahabat-sahabat sekalian. ^^

Rujukan: Syaamil Alquran; Miracle The Referrence 22 in 1

Thursday, October 27, 2011

Golongan Kanan

Salah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang begitu mudah untuk kita lakukan setiap hari adalah dengan memulakan dan memuliakan yang kanan. Dalam hadis riwayat Bukhari, Aisyah berkata:

"Telah menjadi kebiasaan Nabi s.a.w. memulai dengan yang kanan ketika memakai sandal, menyikat rambut, bersuci dan dalam segala urusannya"
-Sahih Bukhari-

Kebanyakan urusan baginda dimulai dengan yang kanan, contohnya ketika makan, minum dan memberi barang dengan tangan kanan. Malah baginda mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut dan ketika masuk ke masjid. Imam Nawawi menyatakan, "Kaedah Syara' sentiasa suka mendahulukan yang kanan dalam hal-hal yang bersifat penghormatan dan berhias (kebersihan), sementara untuk perkara sebaliknya disukai dimulai dengan yang kiri."

Ulama mengatakan bahawa Nabi s.a.w menyukai sikap optimis, dimana golongan kanan merupakan penghuni syurga Allah, sebagaimana firman Allah:

"(Ingatlah) suatu hari (yang ketika itu) Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya (catatan amalnya), dan orang-orang yang kitab amalnya diberikan di tangan kanannya, maka mereka akan membaca kitab itu. Mereka tidak akan dirugikan sedikit pun."
-surah Al-Isra', ayat 71-

Oleh itu, mulai sekarang, mari kita sama-sama mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. ini dalam urusan kita seharian, dan kita niatkan dengan ikhlas semata-mata untuk mencari redha Allah Taala. ^^

Rujukan: Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari

Friday, September 30, 2011

Syaamil Al-Quran

Assalamualaikum..
InsyaAllah saya ingin mempromosikan salah satu kitab rujukan bagi memudahkan kita mendalami Al-Quran, iaitu Syaamil Al-Quran: Miracle The Reference 22 in 1





Kitab ini mencakupi 22 kemudahan iaitu:

1) Terjemahan per kata - setiap perkataan dalam AlQuran diterjemahkan satu persatu. Ianya memudahkan kita untuk memahami dan mempelajari bahasa AlQuran.
2) Keyword - 'blocking' ayat berwarna kelabu menunjukkan ayat yang akan dibahaskan, dan perbahasan akan ditulis di muka surat sebelah kiri.
3) Sistem pembacaan tajwid - sistem perwarnaan tajwid bagi memudahkan kita belajar tajwid dengan baik.
4) Panduan hukum tajwid - hukum setiap tajwid diletakkan disetiap halaman.
5) Terjemahan Kementerian Agama RI - terjemahan bahasa Indonesia yang diiktiraf. Bahasa yang digunakan tidak jauh berbeza dengan bahasa Malaysia dan mudah untuk difahami, insyaAllah.
6) Munasabah ayat - menerangkan pengajaran ayat tertentu.
7) Tafsir at-Thabari - huraian atau tafsiran mengenai ayat AlQuran (keyword) dari kitab tafsir at-Thabari
8) Tafsir Ibnu Katsir - salah satu rujukan tafsir yang digunakan ramai dalam bidang pentafsiran, turut dimuatkan dalam menerangkan ayat-ayat yang tertentu (keyword).
9) Hadis sahih - hadis yang berkaitan dengan ayat AlQuran yang dipilih (keyword).
10) Doa dan zikir - diambil dari kitab-kitab tulisan imam An-Nawawi.
11) Kosakata - penjelasan mengenai struktur ayat bahasa dan perbahasan ulama
12) Asbabunuzul - menerangkan sebab penurunan ayat-ayat tertentu
13) Doa dalam Alquran - penjelasan mengenai doa-doa yang terdapat dalam AlQuran
14) Khazanah pengetahuan - info tambahan
15) Tanda-tanda dalam AlQuran - muka surat rujukan yang menyenaraikan info mengenai tanda-tanda di setiap ayat, bagi memudahkan kita melancarkan bacaan.
16) Asmaul husna - indeks tambahan mengenai setiap 99 nama Allah
17) Indeks tematik - indeks rujukan bagi memudahkan kita mencari ayat-ayat AlQuran mengikut pembahagian tertentu, seperti akidah, akhlak, sirah dan sebagainya.
18) Sirah nabawi - paparan sederhana mengenai sirah-sirah nabi.
19) Atlas perjalanan hidup dan dakwah Rasulullah
20) Analisis peta - menerangkan tempat Rasulullah s.a.w hidup dan melakukan dakwahnya.
21) Zikir ma'surat - kumpulan zikir-zikir nabi yang disertakan sebagai tambahan. Ianya dalam buku kecil dan nipis, mudah untuk dibawa kemana-mana.
22) DVD tutorial tajwid

*18-21 di dalam buku kecil yang berasingan

Saiz A4
1255 halaman
Penerbit: Sygma Publishing

Harga: RM 140.00
(tidak termasuk kos pos)

InsyaAllah bagi sahabat yang ingin membeli dari saya, boleh hubungi saya melalui Facebook atau sms ke no: 019-2020191

Semoga kitab ini dapat menjadi sumber rujukan yang baik dan memudahkan kita semua untuk memahami AlQuran yang Agung, insyaAllah. Sangat digalakkan untuk dimiliki terutama bagi mereka yang baru mula belajar dan cuba mendalami tafsir alquran, kerana ianya serba lengkap dan murah jika dibandingkan dengan membeli kitab-kitab tafsir secara berasingan (e.g-tafsir ibnu katsir, at-thabari).

* Bagi sahabat yang ingin lihat lebih lanjut, boleh lihat terus ke
Katalog Penerbit : Sygma Publishing


terjemahan perkata & maksud ayat


tafsir thabari, ibnu katsir, hadis, asbabunuzul dan lain-lain

al-ma'surat

atlas dakwah nabi Muhammad s.a.w

analisis peta & sirah nabawi

indeks mengikut tajuk-tajuk dan isi

penerangan setiap nama-nama Allah (asmaul husna)

Thursday, September 15, 2011

Harta dan umur

Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Anak Adam akan semakin tumbuh dewasa dan semakin besar pula bersamanya dua perkara, iaitu cintakan harta dan panjang umur. "
-Sahih Bukhari-

Harta dan umur yang panjang merupakan dua perkara yang selalu dititik beratkan oleh manusia. Kita dapat lihat bagaimana manusia sibuk mengumpulkan harta. Siang malam bekerja, ditambah pula mengejar kerja tambahan untuk mendapatkan gaji yang tinggi. Sebahagian pula menginginkan wajah yang sentiasa muda dan cantik, walaupun umur sudah mencecah lebih 50-an. Ada juga yang terlalu takut dengan kematian sehingga sanggup menghabiskan duit beribu-ribu untuk memanjangkan usia. Apakah kita juga begitu?

Perlu kita sentiasa ingat, bahawa harta itu hanyalah pinjaman sementara yang diberikan Allah, maka besederhalah dan pergunakanlah untuk memperbanyakkan amalan kita. Gunakan harta yang kita ada untuk bersedekah, membeli buku sebagai bekalan ilmu, mahupun untuk mengembangkan kerja-kerja Islam. Biarlah umur kita sedikit, namun padat dengan amal dan perkara yang diredhai Allah.

Semoga masa muda yang diberikan oleh Allah ini dapat kita manfaatkan sebaiknya. Janganlah kita hanya memandang hari esok, tetapi gunakanlah masa hari ini dengan sebaiknya,agar kita semua mendapat rahmat dan balasan syurga dari Allah Taala.

Dari Anas dia berkata, “Doa yang paling banyak dipanjatkan Nabi s.a.w. adalah:

“Wahai Rabb kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka
."
-Sahih Bukhari-

Ali bin Abi Thalib berkata, “Dunia berlalu dengan membelakangi, sedangkan akhirat berlalu dengan menghadap. Masing-masing dari keduanya mempunyai banyak anak, maka jadilah kalian anak-anak akhirat dan jangan menjadi anak-anak dunia. Sesungguhnya hari ini ada amal namun tidak ada perhitungan, sedangkan esok yang ada hanyalah perhitungan namun tidak ada lagi amal.”
-Sahih Bukhari-