Thursday, March 17, 2011

Rindu Pada-Nya

"Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Allah, sesungguhnya ketetapan Allah akan datang, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
-al-Ankabut, ayat 5-


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan ilmu-Mu yang ghaib,
kekuasaan-Mu atas ciptaan,
hidupkanlah aku selama kehidupan ini baik bagiku,
dan wafatkanlah aku jika kematian memang lebih baik bagiku.

Aku memohon kepada-Mu rasa takut kepada-Mu di saat sendirian
dan di saat berada di tengah keramaian.
Aku memohon kepada-Mu perkataan yang benar pada saat marah dan redha.
Aku memohon kepada-Mu sikap tenang saat fakir dan kaya.
Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tidak fana.
Aku memohon kepada-Mu kesejukan mata yang tidak terputus.
Aku memohon kepada-Mu rasa redha sesudah ketetapan.
Aku memohon kesejukan kehidupan setelah kematian.
Aku memohon kelazatan memandang wajah-Mu,
dan aku memohon kerinduan untuk berjumpa dengan-Mu
tanpa mudarat dan dimudaratkan
serta tanpa fitnah yang menyesatkan.

Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan iman,
dan jadikanlah kami pemberi petunjuk yang diberi petunjuk."

Hadis riwayat An-Nasai, Ibnu Hibban dengan sanad yang kuat. Doa ini diambil dari buku Zadul Ma'ad, oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah. Semoga bermanfaat buat sahabat sekalian. ^^

Sunday, February 13, 2011

Pentingnya ilmu agama


Assalamualaikum. Setelah lama tidak menulis, saya ingin kongsikan satu hadis bersama syarahannya dari Fathul Baari. Semoga dengannya kita dapat ambil pengajaran dan peringatan yang berguna, insyaAllah.

سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الْأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ

Muawiyah berkhutbah, bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan maka Allah faqihkan dia terhadap agama. Aku (Nabi s.a.w.) hanyalah menyampaikan sedang Allah yang memberi. Sebahagian dari umat ini akan tetap berpegang teguh pada agama Allah, tidak ada yang dapat mempengaruhinya sampai hari kiamat nanti."
-sahih, riwayat Bukhari (no 69)-

Ada tiga isi penting daripada hadis ini. Yang pertama adalah berkaitan dengan ilmu, dimana orang yang mendalami agama Allah akan selalu mendapat kebaikan. Imam Bukhari berpendapat bahawa mereka adalah para ulama hadis. Imam Ahmad pula berpendapat bahawa mereka adalah kelompok kaum mukminin yang menjalankan perintah Allah seperti para mujahid, ahli fiqh, ahli hadis, orang yang zuhud, orang yang mengamalkan amar makruf nahi munkar dan kebaikan yang lain.

Hadis ini menunjukkan bahawa agama Islam ini lebih utama daripada ilmu yang lain. Ini kerana dengan ilmu agama, manusia akan mengetahui hakikat kebenaran yang sebenar, seperti tujuan penciptaan mereka, pembezaan antara yang benar dan yang salah, dan banyak lagi.

Apabila manusia tersebut memahami hakikat kebenaran ini, maka mereka sentiasa mendapat kebaikan daripada Allah. Hidupnya lebih diberkati dan sentiasa mendapat keredhaan Tuhan Yang Maha Agung. Inilah antara sedikit sebanyak kepentingan ilmu agama yang dapat saya kongsi.

Isi kedua hadis ini adalah menerangkan bahawa Allah-lah yang memberi segala sesuatu kepada kita. Sememangnya Nabi s.a.w. yang menyebarkan ilmu Islam dan kebenaran dunia ini, tetapi hakikatnya, ilmu itu adalah daripada Allah Taala. Isi ketiga pula, Nabi s.a.w. menerangkan bahawa akan sentiasa ada segolongan/sekumpulan umat Islam yang akan tetap berpegang teguh dengan kebenaran, yakni agama Islam.

Semoga dengan perkongsian ringkas ini dapat membantu rakan-rakan yang membaca. Sebarang kekurangan, mohon teguran. Allahu'alam. ^^

"Katakanlah, 'Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?' Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran"
-Surah Az-Zumar, ayat 9-

Wednesday, January 5, 2011

Ketaatan kepada manusia


عَنْ عَلِيٍّ قَالَ
بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَرِيَّةً وَاسْتَعْمَلَ عَلَيْهِمْ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ وَأَمَرَهُمْ أَنْ يَسْمَعُوا لَهُ وَيُطِيعُوا فَأَغْضَبُوهُ فِي شَيْءٍ فَقَالَ اجْمَعُوا لِي حَطَبًا فَجَمَعُوا لَهُ ثُمَّ قَالَ أَوْقِدُوا نَارًا فَأَوْقَدُوا ثُمَّ قَالَ أَلَمْ يَأْمُرْكُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَسْمَعُوا لِي وَتُطِيعُوا قَالُوا بَلَى قَالَ فَادْخُلُوهَا قَالَ فَنَظَرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ فَقَالُوا إِنَّمَا فَرَرْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ النَّارِ فَكَانُوا كَذَلِكَ وَسَكَنَ غَضَبُهُ وَطُفِئَتِ النَّارُ فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَوْ دَخَلُوهَا مَا خَرَجُوا مِنْهَا إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ


Dari 'Ali r.a. dia berkata, "Rasulullah s.a.w. pernah mengutus suatu ekspedisi dan mengangkat seorang lelaki dari Ansar sebagai pemimpinnya, mereka diperintahkan untuk taat dan mendengar kepadanya. Suatu ketika pemimpinnya marah terhadap anak buahnya kerana suatu perkara, dia berkata, "Kumpulkanlah kayu api."

Setelah kayu api terkumpul dia berkata, "Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kepada kalian untuk mendengarkanku dan mentaatiku?" Mereka menjawab, "Ya." Dia berkata, "Oleh kerana itu, masuklah kalian ke dalam api tersebut."

Ali berkata, "Lalu sebahagian yang lain saling memandang kepada yang lainnya, sambil berkata, "Kita harus lari kepada Rasulullah s.a.w. dari api tersebut." Anak buahnya masih saja (dalam kebimbangan) seperti itu, hingga kemarahannya mereda dan api dimatikan. Ketika mereka kembali, mereka memberitahukan peristiwa itu kepada Nabi s.a.w., lalu beliau bersabda: "Sekiranya kalian masuk ke dalamnya, niscaya kalian tidak akan dapat keluar dari api tersebut. Ketaatan itu hanya dalam kebajikan."
-riwayat Muslim (no. 3425), Bukhari (no. 6612)-

InsyaAllah daripada hadis ini, dapat kita fahami bahawa apabila seseorang pemimpin itu menyuruh kepada suatu perkara yang bercanggah dengan syariat, maka tertolaklah ketaatan kita kepadanya. Dalam sahih Muslim, hadis diatas diletakkan dibawah tajuk 'Wajibnya taat kepada pemimpin selama bukan dalam kemaksiatan', begitu juga dalam sahih Bukhari. Maka jelaslah juga bahawa mentaati pemimpin itu hukumnya adalah wajib.

Daripada hadis ini juga, dapat kita fahami bahawa seorang pemimpin Islam tidak boleh membawa anak buah atau pengikutnya ke lembah dosa dan maksiat. Pemimpin Islam bertanggungjawab untuk melaksanakan suruhan dan perintah Allah dengan sebaiknya, berlandaskan Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Mereka seharusnya menyelamatkan pengikutnya dari azab api neraka, bukan sebaliknya.

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang berguna dari kisah hadis di atas, agar dengannya kita dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah, dan menjauhkan diri kita dari kemurkaanNya, insyaAllah. =)

Sunday, December 26, 2010

Tetap dengan kebenaran


Sekadar perkongsian satu hadis, sebagai peringatan dan pengajaran yang berguna buat sahabat-sahabat dan diri ini. InsyaAllah, semoga kita termasuk dikalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa.

حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ يَقُولُ كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Hudaifah bin Al Yaman berkata; "Orang-orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang perkara-perkara kebaikan sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan kerana aku takut akan menimpaku. Aku bertanya; "Wahai Rasulullah, dahulu kami berada pada masa Jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah setelah kebaikan ini akan datang keburukan?". Beliau menjawab: "Ya".

Aku bertanya lagi; "Apakah setelah keburukan itu akan datang lagi kebaikan?". Beliau menjawab: "Ya, akan tetapi di dalamnya ada "dukhn" (kotorannya) ". Aku bertanya lagi; "Apa kotorannya itu?". Beliau menjawab: "Yaitu suatu kaum yang memimpin tanpa mengikuti petunjukku, kamu mengenalinya tapi sekaligus kamu ingkari".

Aku kembali bertanya; "Apakah setelah kebaikan (yang ada kotorannya itu) akan timbul lagi keburukan?". Beliau menjawab: "Ya, yaitu para penyeru yang mengajak ke pintu Jahannam. Siapa yang memenuhi seruan mereka maka akan dilemparkan kedalamnya". Aku kembali bertanya; "Wahai Rasulullah, berikan sifat-sifat (ciri-ciri) mereka kepada kami?". Beliau menjelaskan: "Mereka itu berasal dari kulit-kulit kalian dan berbicara dengan bahasa kalian".

Aku katakan; "Apa yang baginda perintahkan kepadaku bila aku menemui (zaman) keburukan itu?". Beliau menjawab: "Kamu tetap berpegang (bergabung) kepada jama'atul muslimin dan pemimpin mereka". Aku kembali berkata; "Jika saat itu tidak ada jama'atul muslimin dan juga tidak ada pemimpin (Islam)?". Beliau menjawab: "Kamu tinggalkan seluruh firqah (kelompok/golongan) sekalipun kamu harus memakan akar pohon hingga maut menjemputmu dan kamu tetap berada di dalam keadaan itu (berpegang kepada kebenaran)".
-riwayat Bukhari (no. 3338)-

Friday, December 17, 2010

Bersabarlah wahai diri


"Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."
-surah Al-Baqarah, ayat 153-

InsyaAllah untuk post kali ini, saya ingin kongsikan sedikit hadis-hadis berkenaan sabar, sabar dan sabar. Semoga Allah meletakkan kita dikalangan hamba-hambaNya yang sabar. ^^

Dari Abu Sa'id Al Khudri berkata; Beberapa orang dari kalangan kaum Anshar sering meminta-minta sedekah kepada Rasulullah s.a.w. dan mereka selalu diberi. Sehingga pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. kehabisan apa yang mereka minta, maka beliau pun bersabda:

"Selama sesuatu yang baik masih ada padaku, sekali-kali tidaklah akan kusembunyikan terhadapmu. Tetapi, siapa yang bersikap 'iffah (memelihara diri dari meminta-minta) maka Allah akan memeliharanya pula. Dan siapa yang merasa cukup dengan apa yang ada, Allah akan mencukupinya pula. Dan siapa yang sabar, Allah akan menambah kesabarannya. Tidak ada suatu pemberian yang diberikan kepada seseorang, yang lebih baik dan lebih melapangkan dada melainkan kesabaran."
-riwayat Muslim (no. 1745), Bukhari (no. 5989)-

Dari Anas bin Malik radliallahu 'anhu berkata,: Nabi Shallallahu'alaihiwasallam pernah berjalan melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi kubur. Maka Beliau berkata,: "Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah". Wanita itu berkata,: "Kamu tidak mengerti keadaan saya, karena kamu tidak mengalami musibah seperti yang aku alami".

Wanita itu tidak mengetahui jika yang menasihati itu adalah Nabi s.a.w. Lalu dia diberitahu: "Sesungguhnya orang tadi adalah Nabi s.a.w. Spontan wanita tersebut mendatangi rumah Nabi s.a.w. namun dia tidak menemukannya. Setelah bertemu dia berkata; "Maaf, tadi aku tidak mengetahui anda". Maka Beliau bersabda: "Sesungguhnya sabar itu pada goncangan pertama (saat datang musibah)".
-riwayat Bukhari (no. 1203), Muslim (no. 1534)-

Dari Abdullah bin 'Amr, ia berkata; wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku mengenai jihad dan perang! Kemudian beliau berkata:

"Wahai Abdullah bin 'Amr, seandainya engkau berperang dalam keadaan bersabar dan mengharapkan pahala, maka Allah akan membangkitkanmu dalam keadaan bersabar dan mengharapkan pahala. Dan apabila engkau berperang untuk dilihat dan berbangga diri, maka Allah akan membangkitkanmu dalam keadaan ingin dilihat serta berbangga diri. Wahai Abdullah bin 'Amr, dalam keadaan yang mana engkau berperang atau terbunuh maka Allah akan membangkitkanmu dalam keadaan seperti itu."
-riwayat Abu Daud (no. 2157)-

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, maka berkata 'Inna lillahi wainna ilaihi raji'un'. Mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk"
-surah Al-Baqarah, ayat 155-157-