Thursday, March 26, 2009

Fatihah dalam solat....

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, bersabda Nabi s.a.w.:

"Barangsiapa yang sembahyang tidak membaca Fatihah, maka sembahyangnya tidak sempurna"
Perkataan ini diulang Rasulullah s.a.w. tiga kali...

Ditanya orang kepada Abu Hurairah: "Bagaimanakan kami yang makmum?"

Jawabnya: "Bacalah dengan perlahan, kerana saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Firman Allah: "Sembahyang itu Ku bagi dua bahagian; sebahagian untukKu (Allah)dan sebahagian untuk hambaKu, hambaKu diperkenankan memohon.
Apabila hambaKu membaca: Alhamdulillahi rabbil 'alamin, berkata Allah: "Aku telah dipuji hambaKu"
dan apabila dibaca: Arrahmanir rahim, berkata Allah: "Aku telah disanjung hambaKu",
dan apabila dibacanya: Maliki yaumiddin, berkata Allah: "Aku telah diagungkan hambaKu" atau katanya "HambaKu telah berserah diri kepadaKu",
dan apabila dibacanya: Iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in, berkata Allah: "Inilah tali penghubung antaraKu dengan hambaKu dan lagi hambaKu boleh meminta apa saja",
dan apabila dibacanya: Ihdinash shirathal mustaqim, hingga akhirnya, berkata Allah: "Ini khusus untuk hambaKu dan untuk hambaKu itu diperkenankan memohon apa saja"
-sahih Muslim (242)-


InsyaAllah, daripada hadis ini, sama-sama kita perbaiki solat kita untuk mendapatkan solat yang khusyuk. Kita sama-sama fahamilah setiap bacaan dalam solat, tunduklah dengan khusyuk, kerana khusyuk dalam solat ini akan merupakan perkara yang penting bagi setiap orang yang beriman.

Dari surah Al-mu'minun Allah berfirman
"Sungguh, berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya...."

Jika kita lihat, ciri pertama seorang mukmin yang berjaya ialah orang yang khusyuk dalam solatnya. InsyaAllah bila kita membaca fatihah, sama-sama kita ingat hadis ini, kita bayangkan setiap bacaan kita betul-betul dihadapan Allah, dan kita inginkan setiap bacaan kita dibalas olehNya, kerana solatlah penghubung seorang hamba dengan Allah Taala. =)

No comments:

Post a Comment