Pejam celik, pejam celik, cepat sungguh masa berlalu. Dari seorang insan yg kerdil, melalui liku-liku hidup untuk mematangkan diri. Kejap je sudah 20 tahun, rasa macam baru setahun je hidup, tapi itulah kehidupan. Thanx kat kawan-kawan yang wish =)
Syukur sangat pada Allah kerana masih memberi peluang untuk terus membaiki diri ini. Memang tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini, tetapi yang lebih baik ialah kita mengejar ke arah kesempurnaan.
Pagi-pagi lagi sudah diberi ujian oleh Nya. Berulang kali terjaga dari tidur, terase panas badan, dengan selsemanya, masyaAllah. Cuba untuk berfikiran positif, mungkin inilah tandaNya Allah sayangkan kita. Teringat kisah seorang sahabat baginda yang menangis apabila satu hari tu, dia tidak diberi apa-apa ujian seperti dilupakanNya.
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan/ujian) seperti orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang, sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata: 'Kapankah datang pertolongan Allah?'. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" -surah Al-Baqarah, ayat 214-
Bersyukur sangat kita dilahirkan dalam keadaan Islam walaupun kita tidak memilihnya sewaktu diperut ibu. Banyak kita dapat daripada agama Allah ini, dengan panduan hidup yang menjadi mukjizat Rasulullah s.a.w. hingga ke hari ini. Kita tahu apa tujuan penciptaan kita, kita tahu ape matlamat kita, cara-cara mencapainya. Janganlah kita sia-siakan kelebihan yang kita ada.
Dari ceramah pagi tadi, diceritakan macam-macam orang buat kajian untuk mencari faktor kejayaan. Mula-mula orang temui I.Q, kemudian orang jumpa yang lebih baik iaitu E.Q. Masih bukan jawapan yang paling tepat, selepas itu ditemui pula S.Q, Spiritual Quotion. Ditemui 'God Spot' dibahagian otak manusia, membuktikan manusia tidak dapat lari dari mempercayai kepada Tuhan. MasyaAllah.
Dikongsikan pula, mengapa setiap ajaran agama mempercayai bahawa adanya kehidupan selepas kematian ini? Jawapannya, kerana tiada keadilan mutlak dikehidupan ini. Cuba kita bayangkan, sebanyak-banyak dosa yang dilakukan penjenayah, tetapi hukuman bunuhnya tidak dapat membayar nyawa-nyawa yang dibunuhnya. Ada yang orang lain dapat sesuatu lebih baik dari kita. Adilkah? Memang tidak adil, dan sebab ketidakadilan inilah ramai orang percaya bahawa di kehidupan akan datang akan adanya keadilan yang mutlak.
Orang-orang mencari jawapan untuk persoalan didalam jiwa, tapi bagi kita yang beriman, semua jawapan sudah diberi oleh Allah. Dari awal pembentukan kejadian, apa yang akan ditempuhinya, suka-duka kehidupan, dan balasan bagi setiap sesuatu sehingga ke kehidupan yang seterusnya. Kenapa kita tidak menggunakan panduan yang diberikan itu??
"Sungguh, Kami telah datang membawa kebenaran kepada kamu, tetapi kebanyakan diantara kamu benci pada kebenaran itu" -surah Az-Zukhruf, ayat 78-
Ditegaskan juga, untuk memiliki harga diri yang tinggi, seseorang itu perlu mempunyai harga diri yang positif. Suara hati yang selalu bercakap dengan diri kita yang akan membentuk diri kita. Jika kita selalu fikirkan yang negatif, negatiflah kita. Sebab itu dalam AlQuran, Allah selalu mendidik kita untuk sentiasa ke arah positif. Allah suruh kita selalu mengingatiNya. Sedar tidak sedar, AlQuran inilah motivasi yang paling baik untuk manusia.
"Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan janganlah kamu berasa lemah dan bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman." -surah Ali-Imran, ayat 138-139-
Harap sedikit perkongsian ini dapat sama-sama membuka minda kita untuk sama-sama berfikir dan menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah. Mohon teguran jika terdapat kekurangan =)
...kehidupan setiap insan ada suka dan duka...tetapi sejauh mana perjalanan tersebut mengajar kita, tidak akan bermakna jika ianya tidak membawa kita lebih dekat kepada Tuhan Yang Esa...
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Saturday, April 4, 2009
Saturday, March 28, 2009
Kasih Sayang yang HILANG...
Kebetulan sebelum solat jemaah Isyak malam tadi, saya terbaca satu artikel di surau, mengenai kasih sayang yang hilang. Saya pun tak hafal sangat, tapi saya cuba amik maksud disebaliknya, insyaAllah.
Memang fitrah setiap insan untuk mempunyai rasa disayangi, dengan ibu bapa, rakan-rakan, dan sesiapa saja yang kita rasa dekat. Setiap orang yang masih berfikiran waras mesti akan merasainya. Cuma kadang kala, bahkan selalu juga, kita inginkan sangan kasih sayang itu tetapi kita tidak dapat.
Kita inginkan kasih sayang dari IBU BAPA kita, tetapi kadang kala mereka sibuk dengan kerja-kerja mereka. Kadang kala mereka balik lewat, kadang-kadang ada tugasan ditempat lain. Bila di rumah, kita terasa seperti mereka lebih sayang pada adik kita.
Kita inginkan kasih sayang dari RAKAN kita, tetapi kadang kala mereka tidak memahami kehendak kita. Kadang kala kita bergaduh dengan mereka, ada masa mereka bersama dengan kawan lain. Terdapat juga perkara yang tidak serasi antara kita dan dia.
Kita inginkan kasih sayang dari GURU kita, tetapi kadang kala mereka sibuk dengan kelas dan tugasan mereka. Kita cuba minta tunjuk ajar dari mereka, tapi kadang kala mereka ada urusan keluarga mereka sendiri.
Kita inginkan kasih sayang dari KEKASIH kita, tetapi kadang-kadang, dia pun ada hal sendiri. Ada kalanya kita bergaduh, kita disakiti, jeles tengok dia dengan orang lain. Kawan dan ustaz kata 'couple' tu haram, tapi kita nak juga rasa kasih sayang sebab kita lihat orang lain nampak bahagia. Tetapi, kekal ke??
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang kita inginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik.
Katakanlah, 'Mahukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Bagi orang-orang yang bertaqwa, tersedia di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta REDHA ALLAH. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya"
-surah Ali Imran, ayat 14,15-
Kita dapat khabar gembira apabila kita membaca Al-Quran, iaitu KASIH SAYANG yang lebih kekal selama-lamanya. Tetapi banyak antara kita tidak tahu, dan lupa akan benda yang lebih gembira yang dijanjikan Allah, Tuhan sekalian Alam. Kita kadang-kadang menangis sebab tidak dapat apa yang kita inginkan.
Bila sedih, ingatlah firman Allah ini,
"Janganlah kamu berasa lemah, dan jangan bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman"
-surah Ali Imran, ayat 139-
Allah, satu-satunya Tuhan yang menciptakan kita menyuruh kita supaya kita jangan berasa sedih, sebab Allah akan angkat kita jika kita mampu bersabar dengan dugaanNya. Patutkah kita terus bersedih kerana tidak mendapat kasih sayang dari manusia??? Sedangkan Allah sentiasa bersama dengan kita...
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"
-surah Qaf, ayat 16-
Jadi sama-samalah kita kuatkan IMAN kita, insyaAllah kita akan kuat menghadapi setiap ujian hidup ini. Carilah KASIH SAYANG yang lebih kekal, yang sudah dijanjikan kepada kita, itulah KEREDHAAN ALLAH dan SYAFAAT RASULULLAH s.a.w. diakhirat kelak...insyaAllah =)

Subscribe to:
Posts (Atom)