Friday, September 30, 2011

Syaamil Al-Quran

Assalamualaikum..
InsyaAllah saya ingin mempromosikan salah satu kitab rujukan bagi memudahkan kita mendalami Al-Quran, iaitu Syaamil Al-Quran: Miracle The Reference 22 in 1





Kitab ini mencakupi 22 kemudahan iaitu:

1) Terjemahan per kata - setiap perkataan dalam AlQuran diterjemahkan satu persatu. Ianya memudahkan kita untuk memahami dan mempelajari bahasa AlQuran.
2) Keyword - 'blocking' ayat berwarna kelabu menunjukkan ayat yang akan dibahaskan, dan perbahasan akan ditulis di muka surat sebelah kiri.
3) Sistem pembacaan tajwid - sistem perwarnaan tajwid bagi memudahkan kita belajar tajwid dengan baik.
4) Panduan hukum tajwid - hukum setiap tajwid diletakkan disetiap halaman.
5) Terjemahan Kementerian Agama RI - terjemahan bahasa Indonesia yang diiktiraf. Bahasa yang digunakan tidak jauh berbeza dengan bahasa Malaysia dan mudah untuk difahami, insyaAllah.
6) Munasabah ayat - menerangkan pengajaran ayat tertentu.
7) Tafsir at-Thabari - huraian atau tafsiran mengenai ayat AlQuran (keyword) dari kitab tafsir at-Thabari
8) Tafsir Ibnu Katsir - salah satu rujukan tafsir yang digunakan ramai dalam bidang pentafsiran, turut dimuatkan dalam menerangkan ayat-ayat yang tertentu (keyword).
9) Hadis sahih - hadis yang berkaitan dengan ayat AlQuran yang dipilih (keyword).
10) Doa dan zikir - diambil dari kitab-kitab tulisan imam An-Nawawi.
11) Kosakata - penjelasan mengenai struktur ayat bahasa dan perbahasan ulama
12) Asbabunuzul - menerangkan sebab penurunan ayat-ayat tertentu
13) Doa dalam Alquran - penjelasan mengenai doa-doa yang terdapat dalam AlQuran
14) Khazanah pengetahuan - info tambahan
15) Tanda-tanda dalam AlQuran - muka surat rujukan yang menyenaraikan info mengenai tanda-tanda di setiap ayat, bagi memudahkan kita melancarkan bacaan.
16) Asmaul husna - indeks tambahan mengenai setiap 99 nama Allah
17) Indeks tematik - indeks rujukan bagi memudahkan kita mencari ayat-ayat AlQuran mengikut pembahagian tertentu, seperti akidah, akhlak, sirah dan sebagainya.
18) Sirah nabawi - paparan sederhana mengenai sirah-sirah nabi.
19) Atlas perjalanan hidup dan dakwah Rasulullah
20) Analisis peta - menerangkan tempat Rasulullah s.a.w hidup dan melakukan dakwahnya.
21) Zikir ma'surat - kumpulan zikir-zikir nabi yang disertakan sebagai tambahan. Ianya dalam buku kecil dan nipis, mudah untuk dibawa kemana-mana.
22) DVD tutorial tajwid

*18-21 di dalam buku kecil yang berasingan

Saiz A4
1255 halaman
Penerbit: Sygma Publishing

Harga: RM 140.00
(tidak termasuk kos pos)

InsyaAllah bagi sahabat yang ingin membeli dari saya, boleh hubungi saya melalui Facebook atau sms ke no: 019-2020191

Semoga kitab ini dapat menjadi sumber rujukan yang baik dan memudahkan kita semua untuk memahami AlQuran yang Agung, insyaAllah. Sangat digalakkan untuk dimiliki terutama bagi mereka yang baru mula belajar dan cuba mendalami tafsir alquran, kerana ianya serba lengkap dan murah jika dibandingkan dengan membeli kitab-kitab tafsir secara berasingan (e.g-tafsir ibnu katsir, at-thabari).

* Bagi sahabat yang ingin lihat lebih lanjut, boleh lihat terus ke
Katalog Penerbit : Sygma Publishing


terjemahan perkata & maksud ayat


tafsir thabari, ibnu katsir, hadis, asbabunuzul dan lain-lain

al-ma'surat

atlas dakwah nabi Muhammad s.a.w

analisis peta & sirah nabawi

indeks mengikut tajuk-tajuk dan isi

penerangan setiap nama-nama Allah (asmaul husna)

Thursday, September 15, 2011

Harta dan umur

Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Anak Adam akan semakin tumbuh dewasa dan semakin besar pula bersamanya dua perkara, iaitu cintakan harta dan panjang umur. "
-Sahih Bukhari-

Harta dan umur yang panjang merupakan dua perkara yang selalu dititik beratkan oleh manusia. Kita dapat lihat bagaimana manusia sibuk mengumpulkan harta. Siang malam bekerja, ditambah pula mengejar kerja tambahan untuk mendapatkan gaji yang tinggi. Sebahagian pula menginginkan wajah yang sentiasa muda dan cantik, walaupun umur sudah mencecah lebih 50-an. Ada juga yang terlalu takut dengan kematian sehingga sanggup menghabiskan duit beribu-ribu untuk memanjangkan usia. Apakah kita juga begitu?

Perlu kita sentiasa ingat, bahawa harta itu hanyalah pinjaman sementara yang diberikan Allah, maka besederhalah dan pergunakanlah untuk memperbanyakkan amalan kita. Gunakan harta yang kita ada untuk bersedekah, membeli buku sebagai bekalan ilmu, mahupun untuk mengembangkan kerja-kerja Islam. Biarlah umur kita sedikit, namun padat dengan amal dan perkara yang diredhai Allah.

Semoga masa muda yang diberikan oleh Allah ini dapat kita manfaatkan sebaiknya. Janganlah kita hanya memandang hari esok, tetapi gunakanlah masa hari ini dengan sebaiknya,agar kita semua mendapat rahmat dan balasan syurga dari Allah Taala.

Dari Anas dia berkata, “Doa yang paling banyak dipanjatkan Nabi s.a.w. adalah:

“Wahai Rabb kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka
."
-Sahih Bukhari-

Ali bin Abi Thalib berkata, “Dunia berlalu dengan membelakangi, sedangkan akhirat berlalu dengan menghadap. Masing-masing dari keduanya mempunyai banyak anak, maka jadilah kalian anak-anak akhirat dan jangan menjadi anak-anak dunia. Sesungguhnya hari ini ada amal namun tidak ada perhitungan, sedangkan esok yang ada hanyalah perhitungan namun tidak ada lagi amal.”
-Sahih Bukhari-