Saturday, February 28, 2009

Pembentukan manusia...

"Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan"
-surah Az-Zumar, ayat 6-

Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bilakah manusia mula mengetaui tentang perkembangan manusia di dalam rahim ibu. Gambar rajah pertama yang menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh Leonardi da Vinci pada kurun ke-15. Pada kurun ke-2 Masihi, seorang ahli sains Yunani bernama Galen menyatakan mengenai plasenta dan membran janin dalam bukunya berjudul "On The Formation of the Foetus". Peringkat-peringkat kejadian manusia dalam rahim ibu tidak dibuat sehinggalah kurun ke-20. Streeter (1941) membina satu sistem memeringkatkan kejadian manusia dalam rahim ibu dan sistem ini pula digantikan oleh sistem yang dicadangkan oleh O'Rahilly (1972) yang dianggap lebih tepat.

Tanggapan manusia sentiasa berubah-berubah sehingga kesahihannya terbukti. Hippocrate, 'Father of Medicine' pun tidak dapat menemui jawapannya. Sedangkan Allah telah menceritakan peringkat kejadian manusia dalam alquran, sebelum saintis barat menemuinya. MasyaAllah!

"Dan Kamu menjadikannya nutfa dalam tempat yang kukuh" -almu'minun, ayat 13-
Titisan atau nutfa yang dimaksudkan sebagai sperma, tetapi tafsir yang lebih bermakna ialah zigot yang membahagi untuk membentuk blastosis yang menempel pada dinding uterus.

"Kemudian, nutfa itu Kami jadikan sesuatu yang melekat (alaqah)"

Pada ayat 14 surah almu'minun, 'alaqah' merujuk kepada pacat. Perkatan ini menggambarkan bentuk embrio manusia pada hari ke-23 dan hari ke-24, yang menyerupai seekor pacat.

"lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah". Mudighah bermaksud 'bahan atau benda yang dikunyah'. Jika kita lihat, pembentukan somites, permulaan pembentukan tulang belakang, menyerupai kesan gigitan gigi.

"dan dari mudighah itu Kami jadikan tulang dan tulang itu Kami bungkus dengan daging". MasyaAllah, memang benarlah apa yang dikatakan oleh Allah, dimana tisu otot-otot mula terbentuk disekililing tulang itu, seperti yang kita belajar pada hari ini.

"kemudian Kami jadikannya makhluk (yang berbentuk) lain". Ini merujuk kepada embrio yang berbentuk manusia yang terbentuk pada akhir minggu ke-8.

Mahasuci Allah, Pencipta yang terbaik. Dia lebih mengetahui setiap ciptaanNya. Betapa kerdilnya kita sebagai seorang manusia, yang terbatas pengetahuannya. Janganlah kita melupakan pencipta kita yang agung ini, kerana hidup kita hanya sementara. Setiap yang hidup pasti akan mati.

"Kemudian setelah itu, sungguh kamu pasti akan mati" -almu'minun, ayat 15-

Thursday, February 19, 2009

Usaha yang sedikit....lebih baik dari tidak melakukan apa-apa...

Sudah 60 tahun saudara kita diseksa, tetapi kita hanya mengingat akan seksaan mereka buat sementara waktu sahaja, iaitu ketika berita mengenai mereka hangat diperkatakan. Tetapi lama kelamaan ianya pudar, dan kian dilupakan kembali. Baru sahaja mereka diserang pada awal tahun ini, kini kisah saudara kita ini makin dilupakan....

Apa yang kita boleh lakukan?? Apa peranan kita?? Siapa kita dan apa kaitan mereka dengan kita??

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara mereka dan bertaqwalah kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat"
-Surah Al-Hujurat, ayat 10-

Bagi setiap yang bergelar muslim, jika kita benar-benar beriman, maka tanggungjawab tersebut perlu kita pikul bersama. Seringkali kita melihat mengenai "Boikot Israel", "Boikot Israel", "Boikot Israel". Adakah kita tahu apa tujuannya?? Berhasil kerr?

Ada yang kata, 'Takde efek pon kita boikot ni..', 'Ala, beli je..yg ni orang Malaysia gak tauke dia', 'Kalo kita boikot, nnt sian la org2 kita yg keje syarikat tu'. Betul ke??? Fikir-fikirkan.

Pernah kita dengar mengenai kisah seekor burung pipit yang membawa air dengan paruhnya yang kecil, cuba memadamkan api yang membakar jasad Nabi Ibrahim. Walaupun usahanya itu tidak dapat membantu pun, tetapi sekurang-kurangnya, dia laksanakan tanggungjawabnya dan dapat dia jawab dihadapan Allah di akhirat kelak.

Jadi kita amiklah kisah ini sebagai teladan. Walaupun hanya RM10 untuk membeli ayam KFC, RM3 untuk beli sebotol CocaCola, tetapi nilainya akan jadi besar jika 100 orang membelinya. Dengan keuntungan yang mereka dapat, mereka gunakan untuk membeli senjata, peluru-peluru yang membunuh saudara kita di Palestin. Takkan kita nak berdiam diri. Memang kita tak diserang, tapi cubalah bayangkan jika Malaysia yang kecil ini diserang dan dijajah semula, siapa yang nak tolong kita???

Sama-samalah kita bantu saudara kita. Janganlah kita disini makan sedap-sedap, dan duit itu disalrkan ke Israel, tetapi saudara-saudara kita di sana diseksa dan dizalimi. Janganlah fikirkan kepentingan diri sendiri, memang barang yang nak di boikot itu baik-baik belaka, sedap-sedap, kualitinya baik, tetapi disebaliknya terdapat penzaliman yang nyata. Ajaklah kawan-kawan kita untuk teruskan usaha boikot ini, untuk kita sama-sama jatuhkan ekonomi israel. Mungkin susah, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membantu, daripada mereka yang tidak melakukan apa-apa.

http://inminds.co.uk/boycott-brands.html

COMPANIES TO BOYCOTT




  • L'Oreal
    Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson

  • Marks & Spencer
    M&S, St.Michaels

  • McDonald's
  • Motorola

  • Nestle
    Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal

  • News Corporation
    TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

  • Nokia
  • Revlon
    New World Entertainment, Forbes
  • Sara Lee
    Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox

  • Siemens

  • Selfridges

  • Starbucks
    Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

  • Timberland




Monday, February 16, 2009

kenapa HARAMnya KAPEL?

Dari Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir radiyallahu anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bsabda:

Sesungguhnya yang halal itu nyata(terang) dan yang haram itu pun nyata(terang) dan diantara keduanya ada perkara2 yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia.
Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya.
Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) makan didalamnya.
Ketahuilah! Bahawa bagi tiap2 raja ada kawasan larangan.
Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yg haram.
Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya.
Ketahuilah! Itulah yg dikatakan hati.

-diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Dikongsikan hadith sahih ini supaya kita amik pngajaran dan peringatan..sebab kita sebagai manusia biasa takkan lari dari kelalaian...

Disini ingin dikongsikan sedikit penerangan dari buku Hadith 40 karangan Imam Nawawi...

Ulama' fiqh telah mengambil dan menciptakan dari hadith diatas ini satu qaedah yang masyhur, iaitu qaedah:
"Menolak segala jalan yang membawa kerosakan. Yang demikian bermakna, kalau sesuatu perbuatan itu dilarang(haram) kerana menimbulkan kerosakan dalam pandangan agama, maka jalan atau sebab2 yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang haram itu dihukumkan juga haramnya."

Sama dgn qaedah tersebut adalah qaedah yg berbunyi:
"Barang yang membawa kepada yang haram, maka ia adalah haram"

Dari qaedah ini, maka diharamkan segala sesuatu yg membuka jalan kepada yang haram. Misalnya, apabila diharamkan zina, maka diharamkan juga segala sebab2 pendahuluannya atau punca2nya. Di antaranya, perhiasan badan yang tidak sopan diluar dari batasan agama, percampuran atau pgaulan bebas diantara laki dan perempuan, membuka aurat yang dilarang dan berkhalwat (bersepi2) antara laki dan perempuan dan lain2nya lg.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah menentukan untuk anak Adam mendapat bagian dari zina, tidak boleh tidak. Zina mata melihat, zina lidah berbicara dan zina hati mengharap dan menginginkannya, hanya anggota kelamni yang menentukan benar atau tidaknya dia berbuat zina"

-riwayat imam Bukhari-

Jadi kita sama2 muhasabah diri, dan nilai, adakah kita jaga setiap halal dan haram yang Allah telah katakan dalam alquran, dan yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Jika ada, kita jauhilah perkara2 yang haram tersebut, agar kita termasuk dalam kalangan orang2 yang beriman, dan insyaAllah mendapat keberkatan Allah dan dijauhi api neraka....

Sunday, February 8, 2009

Ingatlah..

Dan segeralah kamu kepada (amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui.

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir bawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya, dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.

-Surah Ali Imran, ayat 133-136-

Saturday, February 7, 2009

Kelapa?? Kenapa??


Kelapa sudah lama dikenali terutama bagi penduduk malaysia. Tapi ada sesetengah orang mengatakan santan kelapa boleh menggemukkan dan menyebabkan kolestrol tinggi, betul ke???

Kajian mendapati minyak kelapa mengandungi asid lemak rantai sederhana (medium chain fatty acid, MCFA) yang tinggi. Wow!Jika kita tak tau ape itu MCFA mesti kita akan fikir untuk tidak mengambil makanan bersantan dan menggunakan minyak kelapa.

Sebenarnya asid lemak rantai sederhana ni tidak merbahaya kepada badan. Yang merbahaya sebenarnye ialah asid lemak rantai panjang (long chain fatty acid, LCFA). MCFA didapati dapat menghasilkan tenaga segera dan tidak bebas dalam salur darah seperti LCFA. LCFA perlu diangkut ke hati dan sebahagiannya diangkut oleh darah keseluruh badan dan disimpan dalam bentuk lemak.

Dalam kajian oleh Dr. Bruce Fife mendapati bahawa minyak kelapa sebenarnya dapat mengurangkan berat badan, berlawanan daripada apa yang kita faham. Macam mane amik lemak tapi berat badan turun??? Persoalan ni pun penah bermain dalam fikiran saya, tapi setelah membaca buku dan internet mengenai minyak kelapa, terbukti yang minyak kelapa dapat mengurangkan berat badan. Salah satu sebabnya ialah lemak tepu didalamnya dalam bentuk MCT (medium chain tryglyceride) tidak disimpan sebagai lemak dalam tisu badan, tetapi mudah diuraikan kepada tenaga. Kandungan kalorinya juga rendah sebab rantainya pendek, kerana setiap dua karbon yang terurai menghasilkan satu 'acetyl acid'. Salah satu artikel Dr. Bruce Fife ni, http://www.livecoconutoil.com/fife.htm

Jika kawan-kawan ada terbaca dalam buku 'biochemistry', MCFA dapat merentasi membran mitochondria tanpa menggunakan 'carnithine transferase'. Salah satu kelebihan MCFA ini ialah dapat mengubati penyakit diabetes. Kerana diabetes menyebabkan sel-sel kurang mendapat sumber tenaga dan mati, tetapi MCFA ini dapat memberi tenaga kepada sel-sel. Ianya juga didapati dapat meningkatkan tahap metabolisma sel.

MCT yang terdapat didalam minyak kelapa, sebenarnya merupakan salah satu bahan penting yang didapati dalam susu ibu. Seperti yang kita tahu, susu ibu dapat meningkatkan daya immunisasi bayi kerana daya tahan bayi yang masih lemah dan sel-selnya yang masih belum cukop matang.

Lemak tepu dari minyak kelapa didapati mengandungi asid laurik (lauric acid) yang tinggi. Asid laurik ni ditukarkan didalam badan kepada monolaurin yang memberi kesan anti-virus, anti-bacteria, anti-fungi dan kajian Dr Mary G. Enig mendapati ianya dapat menyembuhkan AIDS, penyakit yang dipercayai tiada penyembuhnya. Kawan-kawan boleh melayari laman web

http://www.aspartame.ca/page_oho2b.htm

http://www.westonaprice.org/knowyourfats/coconut_oil.html

Monolaurin didapati dapat menghapuskan pelbagai virus merbahaya seperti HIV, measles, vercular stomatitis virus (VSV), herpes simplex virus (HSV-1), visna, cytomegalovirus (CMV), Influenza virus, Pneumonovirus, Syncytial virus dan Rubeola.Sebahagian bakteria yang dilemahkan oleh monolaurin ialah listeria, Staphylococcus aureus, Streptococcus agalactiae, Groups A, B, F dan G streptococci, Gram-positive organisms; dan gram-negative organisms

Tetapi ianya didapati tidak membunuh bakteria yang baik dalam usus manusia. Jika kite dapati, penggunaan antibiotik dan sesetengah ubat turut menghapuskan bakteria baik tersebut. Minyak kelapa ialah salah satu ubat yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kita dan kajian masih belum mendapati kesan-kesan negatifnya setakat ini.

Masih banyak lagi kelebihan kelapa yang kita tidak tau sebenarnya. Ciptaan Allah yang maha agung ini pernah difitnah oleh pihak barat, kononnya merupakan penyebab sakit jantung. Tetapi kebenarannya adalah bertentangan. Sebahagian dari penduduk malaysia pun terikut-ikut dengan barat, yang sebenarnya nak menjatuhkan taraf minyak kelapa dan kelapa sawit kerana mereka inginkan minyak jagung mereka naik dipasaran. Kajian mendapati, minyak sayur-sayuran inilah sebenarnya yang menyebabkan penyakit jantung, kerana proses pemanasan dalam penghasilannya didapati menghasilkan lemak trans (trans fat) yang merbahaya. BENAR, tapi ramai tak tahu.

Jadi sama-samalah kita banyakkan membaca, sesungguhnya Allah menyuruh dalam wahyunya, 'bacelah'. Betapa pentingnya mencari ilmu ini kerana dengan ilmu inilah, kita akan menemui kebenaran. Jika ada salah silap dalam artikel yang saya tulis ni, tegur-tegurlah ye. =)

Pesanan rasulullah...

Dari Abi al-Abbas Abdillah bin Abbas r.a. katanya:

Pada suatu hari adalah aku dibelakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda:

"Hai anakku! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Ia akan pelihara engkau.

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatinya dihadapan engkau.

Apabila engkau meminta, mintalah pada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah.

Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yg sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau.

Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan suatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau.

Diangkatkan segala pena dan telah keringlah segala buku"

-riwayat Tirmizi, dengan sanad hasan sahih-

Pada riwayat selain Tirmizi, Rasulullah s.a.w. meneruskan pengajaran kepada Ibnu Abbas,

"Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatinya dihadapan engkau, menyertai dan menolong engkau. Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang menghadapi perkara yang sukar"

Friday, February 6, 2009

Pertolongan paling besar...

Dari Anas bin Malik, katanya:

bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Pada hari kiamat sekalian manusia dikumpulkan Allah. Syahdan, maka gelisahlah mereka itu, lalu berkata sesamanya: 'Apakah lebih baik kita minta syafa'at terhadap Tuhan kita supaya kita terlepas dari derita kita ini?"

Kata Rasulullah s.a.w. : "Maka pergilah mereka itu kepada Nabi Adam, lalu berkata:
'Tuan adalah bapa sekalian manusia, tuan diciptakan Allah dengan tanganNya sendiri lalu ditiupkanNya ruh kepada tuan, dan diperintahkanNya para malaikat untuk sujud kepada tuan. Belalah kami dihadapan Allah sampai kami terlepas dari derita ini.'

Maka berkatalah Nabi Adam:'Itu bukan bidang pekerjaanku'. Lalu Adam pun menceritakan kesalahannya, dan kerana itu dia malu kepada Allah. Tetapi katanya, 'Pergilah anak2ku kepada Nabi Nuh'

Manusia itu pun pergi ke Nabi Nuh, tetapi Nabi Nuh menyuruh mereka itu pergi ke Nabi Ibrahim. Demikianlah tiap Nabi didatangi oleh manusia ramai itu menolak permintaan itu dengan alasan adanya kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan oleh masing-masing. Mereka datang lagi kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Akhirnya pergilah mereka itu kepada Rasulullah s.a.w.

Kata Rasulullah s.a.w.: "Maka saya memohon izin kepada Allah lalu di izinkanNya. Tatkala saya melihatNya, sujudlah saya dan Allah pun membiarkan saya sujud sampai lama sekali."

Kemudian titahNya: "Hai Muhammad! Angkatlah kepalamu! Berkatalah, perkataanmu didengarkan! Mintalah, permintaanmu diberi! Belalah, perbelaanmu diterima!"

Kata Rasulullah s.a.w.: "Saya pun mengangkatkan kepala, lalu memuji Allah dengan pujian yang diajarkanNya kepadaku. Kemudian saya pon segera membela, tetapi dengan syarat tertentu. Saya keluarkan orang-orang yang tertentu itu dari dalam neraka dan masukkan kedalam syurga. Setelah itu saya sujud lagi dan Allah pun membiarkan saya sampai lama."

Demikianlah seterusnya dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sampai tiga atau empat kali ulang-alik mengeluarkan orang-orang dari dalam neraka dan dimasukkannya kedalam syurga.

Berkata Rasulullah s.a.w.:"Ya Allah! Tidaklah ada yang masih tinggal dalam neraka, kecuali kaum yang telah ditentukan oleh AlQuran untuk menetap selama-lamanya."

-Hadith Sahih Muslim-

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. terhadap umatnya...tetapi, apakah pngorbanan kita padanya???

Dialah idola yang sebenarnya...bukan artis2, pemain bola, jejaka2... Dan jika benar kita menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai idola, sejauh mana yang kita tau kisah-kisahnya? Kita ikut x sunnahnya? Janganlah sampai rasulullah tak pandang kita sebab apa yang kita lakukan di dunia ni...

Renung-renungkan...sama-sama kita muhasabah diri...dan ingatlah, bahawa syafa'at rasulullah s.a.w. lah yang akan membantu kita nanti...