Sunday, February 8, 2009

Ingatlah..

Dan segeralah kamu kepada (amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui.

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir bawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya, dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.

-Surah Ali Imran, ayat 133-136-

No comments:

Post a Comment