Monday, December 5, 2011

Syaitan Menanamkan Kekufuran


"Tidakkah engkau melihat, bahawa sesungguhnya Kami telah mengutus syaitan-syaitan itu kepada orang-orang kafir untuk mendorong mereka (berbuat maksiat) dengan bersungguh-sungguh?"
-Surah Maryam, ayat 83-

Allah menerangkan bahawa syaitan sangatlah kufur dan suka melawan. Al-Quran juga mengajarkan bahawa syaitan akan mendekati manusia dari setiap arah, dan ia akan berusaha dengan segala cara untuk membawa manusia kepada kerosakan moral.

Metode yang paling sering dilakukan syaitan dalam rencana jahatnya adalah menghalang manusia dari melihat kebaikan dalam segala peristiwa yang menimpanya. Dengan demikian, ia juga berusaha untuk menyesatkan manusia kepada keberontakan dan kekufuran. Orang yang tidak mampu memahami keindahan akhlak Al-Quran akan jauh dari ajaran Islam dan mereka menghabiskan kehidupan mereka hanya untuk mengejar kesia-siaan dan melupakan akhirat.

Syaitan membisikkan tipu daya yang menyenangkan kepada manusia. Ia mengajaknya untuk melawan Allah. Seseorang mungkin tidak akan merasa kesusahan untuk melihat jirannya terkena musibah kerana itu adalah sebahagian dari takdirnya. Namun dia tidak bersikap demikian ketika ia atau keluarganya tertimpa musibah yang sama. Kerana hasutan syaitan, ia lebih mudah melawan kepada Allah.
-Harun Yahya-

Sumber: Miracle The Referrence, Syamail Alquran 22 in 1

No comments:

Post a Comment