Tuesday, April 14, 2009

Bahagia atau Derita yang kita pilih???

Post kali ini sebenarnye diambil dari majalah Solusi isu no. 6. Saya tertarik dengan tafsiran mengenai surah Taha ayat 123 hingga 126. InsyaAllah dengan sedikit perkongsian ini, sama-sama kita fahami dan ambil sebagai pengajaran.

Firman ALlah dalam surah Taha ayat 123-126, maksudnya:
"Turunlah kamu berdua dari Syurga itu bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi sesetengahnya yang lain. Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu, nescaya ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka"

Menurut ulama mufassirin, antaranya Ibn Athiyyah dalam tafsirnya al-Muharrar al-Wajiz, arahan yang dikemukan Allah itu merujuk kepada ramai orang, termasuk syaitan yang diketuai iblis. Dan petunjuk yang dimaksudkan merujuk kepada kitab-kitab Allah. Ayat ini ditulis ketika kisah penurunan Nabi Adam ke bumi.

Kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. telah diberikan petunjuk oleh Allah, itulah Al-Quran Yang Agung. Dalamnya terdapat perintah-perintah Allah, larangan-Nya, nasihat-Nya. Sebagai orang beriman, wajib kita beriman kepada kitab yang diturunkan, apatah lagi untuk mengikutinya.

Jika kita lihat pada masa kini, pembacaan Al-Quran itu kurang dikalangan masyarakat, apa lagi untuk memahaminya. Sedangkan itulah petunjuk untuk kehidupan kita. Allah katakan dalam ayat diatas, tidak akan sesat dan tidak akan celaka apabila kita ikut petunjuk-Nya itu iaitu Al-Quran.

Jadi, sama-samalah kita menjadikan Al-Quran ini sebagai panduan dan rujukan kita. Bukan sekadar kitab, tetapi perintah dari Allah, kata-kata dari Tuhan sekalian alam. Semuanya bergantung pada kita, samada kita nak pilih bahagia atau derita kelak. Fikir-fikirkanlah.

"dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh, dia kan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Qiamat dalam keadaan buta"

Allah memberi peringatan kepada kita tentang balasan apabila kita tidak ikut perintah-Nya. Perintah-perintah Allah dalam Al-Quran adalah jelas, ditambah lagi dengan hadis-hadis Rasulullah, peringatan yang cukup untuk memandu kita kearah kebahagian yang kekal abadi.

Memang kita akan dapati apabila kita nak ikut, macam-macam ujian datang. Ada orang akan tidak suka dengan kita, ada orang tidak terima. Itulah yang dimaksudkan dengan ayat pertama tadi, sebahagian menjadi musuh kepada sebahagian yang lain. Moga kita termasuk dalam orang yang mendapat petunjuk dari-Nya.

"Dia berkata:'Ya Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta, padahal dahulu aku dapat melihat."

Apabila di hari pembalasan, mereka yang dibangkit dalam keadaan buta bertanya kepada Allah, kerana didunia ini kita dilahirkan serba sempurna. Ada pancaindera, ada harta, ada jawatan. Tetapi apa jawapan yang diterima....

"Allah berfirman:'Demikianlah dahulu telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, dan kamu mengabaikannya, jadi begitulah pada hari ini kamu diabaikan"

Jadi telah jelas ayat-ayat yang Allah berikan, tetapi mereka menolak. MasyaAllah. Ada antara kita yang lebih memandang yang zahir, yang kita nampak, sehingga kita menolak perintah-perintah Allah. Seperti contoh, yang kita sering lihat ialah mengenai aurat. Sesetengah orang memandangnya ringan dan tidak kisah pun mengenai perintah menutup aurat, sedangkan itu perintah dari Tuhan, hanya Dia yang tahu kerana Dia yang menciptakan kita.

Alangkah sedihnya jika kita lihat orang lebih mengejar kepada keduniaan, yang tampak "Bahagia", tetapi melanggar perintah Allah. Sedangkan dalam Al-Quran, Allah telah berikan banyak contoh-contoh sebagai pengajaran, bahawa yang kita sangkakan "bahagia" itu tidak akan kemana pun tanpa keredhaan dari Allah yang menciptakan kita.

InsyaAllah, moga dapat kita amik pengajaran dan sama-sama muhasabah diri. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati kerana manusia mudah lupa dan alpa.

3 comments:

  1. Selalu orang 'membaca' alquran tetapi kurang mentadabburnya. Moga zaman kita ini titik permulaan lahirya generasi Al-Quran. Tentang aurat 2 ana setuju. Just nak tnye pndgn penulis: Macam mana nak sedarkan sahabat2 pasal isu yang satu ni? Isu ini bukan merangkumi perempuan je, tapi lelaki pun sama.

    ReplyDelete
  2. Memang susah gak benda ni, ada gak tegur2 kawan satu PBL..respon dia baik, tapi kesannya kejap jer.. Ape yg penting skrg, kita try la ingatkan baik2, mungkin dalam ayat bergurau ke..tp asalkan mesej tu ada..

    Lagi satu, kenalah berterusan..sebab kadang2 kwn kita paham, tapi untuk berubah tu, dia terikut kwn2 dia yang lain..jadi perubahan tu x menjadi..

    Kita kena try rapatkan diri dgn dia, & biarkan dia rase senang dgn dia, insyaAllah dia akan berubah..laki n pmpn lebih kurg je sbenarnye...ape2 pun, kite jgn putus asa..=)

    ReplyDelete
  3. syukran jazilan khairan jaza'

    ReplyDelete