Wednesday, August 19, 2009

Belajar dari apa yang dipelajari

hi-bloom

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
-surah Ali-Imran, 3:18-

Ayat diatas diturunkan, berdasarkan kisah dua orang pendeta yang datang dari Syam, bertemu Rasulullah s.a.w. Mereka dapat mengecam sifat dan gambaran nabi akhir zaman dan bertanya kepada baginda, "Engkau adalah Muhammad?". Baginda menjawab, "Ya".

Untuk mendapatkan kesaksian dan bukti kebenaran baginda, mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Beritahu kepada kami, apakah kesaksian yang terbesar di dalam kitab Allah?". Lalu Allah s.w.t. menurunkan ayat diatas, dan mereka berdua memeluk Islam dan mengakui kebenaran Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah pada kelas pagi tadi, saya tertarik dengan cerita oleh Dr. Amin mengenai jantung yang diciptakan Allah. Mungkin bagi kita yang belajar daripada buku, dan menghafalnya, jarang sekali untuk kita memikirkan kebesaran ciptaan tersebut.

Bagaimana Allah Yang Maha Kuasa telah menciptakan, seketul daging yang mampu mengepam darah keseluruh badan, sedangkan isipadunya kecil sekali berbanding badan manusia itu sendiri. Jantung mengepam lebih kurang 70 mililiter setiap pengecutan ventrical, tetapi isipadu darah didalam badan manusia lebih kurang 5 liter. Maka Allah jadikan jantung itu mengepam dengan cepat, walaupun sedikit, agar pembekalan darah keseluruh badan itu sempurna dan mencukupi.

Jadi bagaimana pula dengan kita, takkan kita yang begitu kerdil ini tidak mampu menempuh setiap ranjau-ranjau kehidupan? Pasti boleh, dengan kesabaran, walaupun dengan sedikit-sedikit kearah kebaikan, insyaAllah kita juga boleh berjaya. Memang sukar untuk berjaya dengan mendadak kecuali dengan izin Allah, tetapi kita wajib percaya bahawa setiap kebaikan itu pasti akan mendapat balasannya.

Antara atrium dan ventrical pula, Allah tidak jadikan kedua-duanya mengepam dalam masa yang sama. Jika atrium mengecut, ventrical akan mengembang, jika atrium mengembang, ventrical pula akan mengecut. Jika kedua-duanya mengepam dalam masa yang sama, adakah aliran darah itu akan berlaku?? Bagaimana alirannya?

Begitu juga dengan kehidupan kita. Jika ada kelemahan, pasti ada kekuatan. Jika terdapat dua orang berselisih pendapat, pasti akan berlaku pergaduhan jika tiada toleransi antara keduanya. Amar makruf nahi munkar, ada rakan buat kesalahan, kita perbaiki. Begitulah aturan hidup yang teratur dan baik, seperti jantung yang diciptakan Allah. Maka hidup ini pasti akan aman dan harmoni.

Denyutan jantung yang normal bermula dari Sinoatrium node, diikuti pula oleh Atrioventricular node, impulse mengalir melalui Bundle of His ke Purkinje fibre. Jika SA Node menghantar impulse dengan laju, maka yang lain akan mengikuti laju. Jika terdapat ketidak seragaman, maka fungsi jantung itu tidak sempurna dan terjadinya arrhythmia. Apa pula yang dimaksudkan dengan keadaan ini?

Ianya bermaksud, bahawa ketua itu satu, dan anak-anak buahnya perlu mengikuti ketuanya itu. Jika ketuanya perlahan, maka yang lain turut perlahan, tidak boleh melebihi pemimpin itu. Jika anak buahnya lebih berkuasa, maka organisasi itu tidak akan teratur. Tidak kira daripada keluarga, masyarakat, mahupun dunia, perlukan ketua dan kepatuhan ahlinya. Bagi yang beriman, kepatuhan tertinggi adalah pada Tuhan Yang Esa, itulah ketua dan pencipta Yang Maha Agung.

Setiap yang diciptakan Allah pasti ada makna dan pengajaran di sebaliknya. Disebut pada ayat diatas, bahawa kesaksian tentang keEsaan Allah itu turut ada pada orang-orang yang berilmu. Orang yang berilmu, pasti akan menemui kebenaranNya. Maka, marilah kita sama-sama mencari ilmu kerana Allah, meneroka ciptaanNya, dan mencari keredhaanNya, agar sempurna hidup kita dunia dan akhirat.

InsyaAllah, semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi makna yang baik kepada rakan-rakan. Wallahualam~

3 comments:

  1. masyaAllah,jantung sememangnye antara salah satu organ yang membuka minda manusia terhadap kebesaran dan kekuasaan AllahSWT bagi mereka yg berfikir dan benar2 menghayati..

    ReplyDelete
  2. btol2....jd.. sygilah jantung anda, sygilah Allah.. =)

    ReplyDelete
  3. Sudahkah anda baca buku berjudul Maria yang ditulis oleh seorang wanita berbangsa Turki.Beliau merupakan seorang penulis yang melalui liku-liku kehidupan sewaktu empayar kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.Judul Maria bukanlah kisah percintaan berlandaskan hawa nafsu semata-mata,tapi watak Maria yang pada mulanya beragama Katholik telah menukar kepada Islam selepas bertemu dengan seorang pemuda yang berjiwa murni,Abdul Wahab.Bapa dan adik Maria menganut Ateis.Di sini saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai kisah percintaan Maria dengan Abdul Wahab,yang utama tujuan saya,adalah Ateis yang semakin menular pada zaman kini.Ya,saya tertarik dengan artikel anda mengenai jantung yang mempunyai fungsi utama dalam sistem badan manusia.Begitu besar ciptaan Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.Apa yang saya pasti Ateis adalah fahaman yang berlandaskan logik akal fikiran dang mengejar kemodenan.Sebenarnya,Ateis percaya adanya Tuhan tetapi tidak mengakuiNya.Saya amat tertarik dengan kata2 bapa Maria yang dia ada menujukan jawapan bahawa alam semesta ini ada penciptaNya kerana setiap sistem di bumi dan seluruh alam semesta ini Allah yang mengawalnya.Sini saya ingin menambah,setiap organ manusia terdiri daripada sel yang asas.Apabila sel-sel itu melalui proses pembahagian,sel itu bertukar kepada tisu dan selepas itu organ.Organ menjadi satu tapak yang penting dalam membezakan sistem dalam tubuh badan kita untuk menjadi satu organisma yang bernama manusia.Allah menciptakan kita ada tujuannya...supaya kita belajar dan berfikir...semakin kita mendalami ilmu tubuh manusia(perubatan)semakin kita mengakui kewujudan Allah dan semakin kita taat kepadaNya.Jika kita meneliti aspek tubuh badan itu sendiri,kita akan tahu pelbagai jenis fungsi,organelle yang menjalankan fungsi sistem itu,hormon yang merembeskan fungsi sistem badan dan neuron yang teralir dalam badan kita secara autonomic dan somatik.MasyaAllah,Allah Maha bijaksana dalam mencipta manusia ini.Jika kita teliti lagi,kejadian Nabi Adam(penciptaan manusia pertama)daripada tanah.Terlalu luas dan banyak untuk dibincangkan ilmu Allah ini.Sesungguhnya Allah amat luas pengetahuanNya dan makhluk yang diciptakan olehnya ternyata terlalu terbatas fikirannya...Subhanallah....

    ReplyDelete