Monday, February 16, 2009

kenapa HARAMnya KAPEL?

Dari Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir radiyallahu anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bsabda:

Sesungguhnya yang halal itu nyata(terang) dan yang haram itu pun nyata(terang) dan diantara keduanya ada perkara2 yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia.
Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya.
Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) makan didalamnya.
Ketahuilah! Bahawa bagi tiap2 raja ada kawasan larangan.
Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yg haram.
Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya.
Ketahuilah! Itulah yg dikatakan hati.

-diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Dikongsikan hadith sahih ini supaya kita amik pngajaran dan peringatan..sebab kita sebagai manusia biasa takkan lari dari kelalaian...

Disini ingin dikongsikan sedikit penerangan dari buku Hadith 40 karangan Imam Nawawi...

Ulama' fiqh telah mengambil dan menciptakan dari hadith diatas ini satu qaedah yang masyhur, iaitu qaedah:
"Menolak segala jalan yang membawa kerosakan. Yang demikian bermakna, kalau sesuatu perbuatan itu dilarang(haram) kerana menimbulkan kerosakan dalam pandangan agama, maka jalan atau sebab2 yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang haram itu dihukumkan juga haramnya."

Sama dgn qaedah tersebut adalah qaedah yg berbunyi:
"Barang yang membawa kepada yang haram, maka ia adalah haram"

Dari qaedah ini, maka diharamkan segala sesuatu yg membuka jalan kepada yang haram. Misalnya, apabila diharamkan zina, maka diharamkan juga segala sebab2 pendahuluannya atau punca2nya. Di antaranya, perhiasan badan yang tidak sopan diluar dari batasan agama, percampuran atau pgaulan bebas diantara laki dan perempuan, membuka aurat yang dilarang dan berkhalwat (bersepi2) antara laki dan perempuan dan lain2nya lg.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah menentukan untuk anak Adam mendapat bagian dari zina, tidak boleh tidak. Zina mata melihat, zina lidah berbicara dan zina hati mengharap dan menginginkannya, hanya anggota kelamni yang menentukan benar atau tidaknya dia berbuat zina"

-riwayat imam Bukhari-

Jadi kita sama2 muhasabah diri, dan nilai, adakah kita jaga setiap halal dan haram yang Allah telah katakan dalam alquran, dan yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Jika ada, kita jauhilah perkara2 yang haram tersebut, agar kita termasuk dalam kalangan orang2 yang beriman, dan insyaAllah mendapat keberkatan Allah dan dijauhi api neraka....

2 comments:

  1. moga kita thabat dalam jalan dakwah dengan mata pena...

    ReplyDelete
  2. teruskan usaha memberi peringatan pd saudara dan sahabat kita, moga Allah berkati usaha2 kita iA

    ReplyDelete