Saturday, February 28, 2009

Pembentukan manusia...

"Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan"
-surah Az-Zumar, ayat 6-

Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bilakah manusia mula mengetaui tentang perkembangan manusia di dalam rahim ibu. Gambar rajah pertama yang menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh Leonardi da Vinci pada kurun ke-15. Pada kurun ke-2 Masihi, seorang ahli sains Yunani bernama Galen menyatakan mengenai plasenta dan membran janin dalam bukunya berjudul "On The Formation of the Foetus". Peringkat-peringkat kejadian manusia dalam rahim ibu tidak dibuat sehinggalah kurun ke-20. Streeter (1941) membina satu sistem memeringkatkan kejadian manusia dalam rahim ibu dan sistem ini pula digantikan oleh sistem yang dicadangkan oleh O'Rahilly (1972) yang dianggap lebih tepat.

Tanggapan manusia sentiasa berubah-berubah sehingga kesahihannya terbukti. Hippocrate, 'Father of Medicine' pun tidak dapat menemui jawapannya. Sedangkan Allah telah menceritakan peringkat kejadian manusia dalam alquran, sebelum saintis barat menemuinya. MasyaAllah!

"Dan Kamu menjadikannya nutfa dalam tempat yang kukuh" -almu'minun, ayat 13-
Titisan atau nutfa yang dimaksudkan sebagai sperma, tetapi tafsir yang lebih bermakna ialah zigot yang membahagi untuk membentuk blastosis yang menempel pada dinding uterus.

"Kemudian, nutfa itu Kami jadikan sesuatu yang melekat (alaqah)"

Pada ayat 14 surah almu'minun, 'alaqah' merujuk kepada pacat. Perkatan ini menggambarkan bentuk embrio manusia pada hari ke-23 dan hari ke-24, yang menyerupai seekor pacat.

"lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah". Mudighah bermaksud 'bahan atau benda yang dikunyah'. Jika kita lihat, pembentukan somites, permulaan pembentukan tulang belakang, menyerupai kesan gigitan gigi.

"dan dari mudighah itu Kami jadikan tulang dan tulang itu Kami bungkus dengan daging". MasyaAllah, memang benarlah apa yang dikatakan oleh Allah, dimana tisu otot-otot mula terbentuk disekililing tulang itu, seperti yang kita belajar pada hari ini.

"kemudian Kami jadikannya makhluk (yang berbentuk) lain". Ini merujuk kepada embrio yang berbentuk manusia yang terbentuk pada akhir minggu ke-8.

Mahasuci Allah, Pencipta yang terbaik. Dia lebih mengetahui setiap ciptaanNya. Betapa kerdilnya kita sebagai seorang manusia, yang terbatas pengetahuannya. Janganlah kita melupakan pencipta kita yang agung ini, kerana hidup kita hanya sementara. Setiap yang hidup pasti akan mati.

"Kemudian setelah itu, sungguh kamu pasti akan mati" -almu'minun, ayat 15-

2 comments:

  1. Assalamualaikum munir.. bagus kerana memanfaatkan blog dengan agama..(ceh,ayat aku macam komentar agung pulak) weyh.. dah agak bersawang la blog ko ni... update la..uhuuhuh

    ReplyDelete
  2. update dari segi ape tu? dari segi artikel atau pun background page ni?

    ReplyDelete