Thursday, May 28, 2009

Aku benci kau!!

Benci atau suka?? Kita sendiri yang menentukan prasaan itu, dan kitalah yang mentafsirkan apa yang kita lihat itu sebagai baik atau buruk. Seperti penyokong pasukan bola. Ada yang suka team tu, ada yang tak suka.

Setiap orang ada pandangan berbeza. Otak masing-masing mentafsirkan sesuatu berdasarkan apa yang ia tahu. Seperti rangsangan kulit terhadap sentuhan. Ada yang tangannya kasar sehingga susah untuk menentukan permukaan objek, ada pula yang kulitnya terlalu sensitif. Kenapa begitu?

Jika kulit tersebut, yang membezakan ialah ketebalan lapisan kulitnya dan reseptor di bahagian tersebut. Bagi kita untuk mentafsirkan sesuatu, salah satu faktornya ialah ilmu. Seperti contoh, seorang anak dan ibunya. Jika anaknya yang kecil itu berasa seronok menghisap mainannya, tetapi ibunya menghalang anak tersebut kerana dia lebih tahu kesan-kesannya.

Adakah sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu? Orang yang buta dan orang yang nampak? Sudah tentu tidak sama.

Ilmu seseorang tidak boleh diukur berdasarkan degree, master atau pointer examnya. Ilmu seseorang juga tidak boleh diukur berdasarkan kepetahannya bercakap. Jadi, apakah ukurannya?

Apabila kita cuba mentafsirkan sesuatu, mahupun ketika membuat keputusan, akal manusia akan menjadi terhad, tidak semua dia akan tahu walaupun setinggi mana ilmunya. Dalam menentukan 'benar' dan 'salah' pasti akan ada perbezaan juga. Tetapi bagi yang beriman, ukuran benar dan salah itu mengikut apa yang ditentukan Allah, itulah AlQuran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Seperti contoh, isu yang hangat diperkatakan mengenai politik di Perak. Siapa yang benar, dan siapa yang salah? Pasti akan ada dua pihak yang saling menegakkan kebenaran masing-masing. Bagi kita yang tidak tahu, bagaimana kita ingin tentukan mana yang benar dan mana yang salah??

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan ulil amri (pemegang kekuasaan) diantara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama dan lebih baik akibatnya"
-surah An-Nisa, ayat 59-

Jika kamu beriman??? Sejauh manakah iman kita ini??? Adakah iman kita hanya dilidah semata-mata? Bagaimana dengan hati dan perlakuan kita? Jangan terlalu mudah kita katakan kita beriman dan jangan terlalu mudah kita katakan seseorang itu tidak beriman.

Dulu, saya sendiri pun pernah mengatakan mengenai nilai-nilai seseorang, orang itu kurang berimanlah, tak pandailah. Tapi, layak ke kita menilai seseorang? Tahukah kita apa dihati orang tersebut? Banyak mana ilmunya? Amalannya?

Kita janganlah begitu mudah menilai sesuatu. Sedarlah bahawa ilmu yang kita ada terlalu sedikit jika dibandingkan dengan ilmu Allah. Biarlah Allah yang menilai baik buruk seseorang itu, kita ikut saja panduan yang Allah telah berikan, iaitu Al-Quran.

Kita tidak boleh menilai sesuatu berdasarkan akal, kerana akal semata-mata boleh dipergunakan oleh syaitan. Sebagaimana kita tahu Yahudi dan Nasrani yang telah mengubah Kitab Allah mengikut akal sendiri, begitu dilaknat oleh Allah. Jika kita bergantung pada akal itu sendiri, itulah yang membuat seseorang itu hanyut dengan hawa nafsu. Jadi, kembalilah pada Allah, ikutlah Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutilah apa yang diturunkan Allah', mereka menjawab, 'Tidak! Kami mengikuti apa yang kami dapati pada nenek moyang kami(melakukannya)'. Padahal, nenek moyang mereka tidak mengetahui apa pun, dan tidak mendapat petunjuk"
-surah Al-Baqarah, ayat 170-

Jika kita lihat diatas, bagaimana Allah ceritakan mengenai suatu kaum yang mengikut nenek moyang semata-mata, sedangkan petunjuk dari Allah telah jelas. Janganlah kita ikut sesuatu yang kita tidak tahu.

Jadi, tuntutlah ilmu. Lakukanlah sesuatu berdasarkan ilmu. Sesungguhnya kita akan dipertanggungjawabkan apa yang kita lakukan didunia ini. InsyaAllah...

"Dan tidak sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidak pula orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dengan orang-orang yang berbuat kejahatan. hanya sedikit sekali yang kamu ambil pelajaran"
-surah Ghafir, ayat 58-

4 comments:

  1. salam..
    ana sokong...jgn menilai melalui zahir..tp kdg2 hati 2 akan menzahirkn sgl2nya..fhm x?

    ReplyDelete
  2. yer cikgu..faham kot...tp lebih baik cikgu terangkn..

    ReplyDelete
  3. salam.... munir!!!
    lame tak dgr citer

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam.. mail kan? huhu...camni je la citer aku... xde pkembangan sgt mlainkan perut je..huhu..

    ReplyDelete