Saturday, June 20, 2009

Blog baru..

Alhamdulillah, untuk kawan-kawan pembaca dan follower, saya dah buat satu blog baru.
Blog baru itu saya khususkan pada perubatan, terutamanya perubatan alternatif. InsyaAllah, niat asalnya untuk berkongsikan ilmu yang tak seberapa, agar dapat bermanfaat kepada kawan-kawan.

Tergerak hati untuk membuat blog baru ini disebabkan ramai yang kurang kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan waktu muda ini, sebelum ditimpa penyakit dan musibah. Memang semuanya ketentuan Allah Taala, tapi kita sebagai hamba-Nya turut perlu menjaga jasad yang dipinjamkan ini, apatah lagi dalam menghadapi hidup yang penuh dengan ujian-ujian.

Saya akui, orang-orang yang saya kenal pun ada yang sudah jatuh sakit. Tapi sayangnya, dalam usia yang muda sudah mendapat kanser, ketumbuhan. Kebanyakannya disebabkan tidak tahu, kadang-kadang tidak mahu ambil tahu. Jadi saya harapkan, dengan perkongsian ilmu itu, dapat kita lebih berhati-hati, insyaAllah. Perubatan alternatif ini bukan bulat-bulat untuk tidak menyokong perubatan moden, tapi sebagai alternatif lain. Mungkin jika ikut perubatan moden, kita perlu buang ketumbuhan itu, perlu 'suppress' dan matikan sel itu, tapi ada juga alternatif lain, iaitu kita merawat secara perlahan-lahan dengan membetulkan sel-sel tersebut.

Alhamdulillah, walaupun masih belajar untuk menjadi doktor, apa salahnya jika saya kongsikan ilmu kepada orang lain. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jadi apa yang saya tahu, saya kongsikan kepada kawan-kawan, insyaAllah kerana Allah Taala. Saya berharap niat saya ini tidak berubah, dan terus-menerus menyampaikan yang benda baik.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, "Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah, ada ubat yang juga diturunkan-Nya"
-riwayat Imam Bukhari-

http://munir0813.blogspot.com/

1 comment:

  1. Baguslah kalau pelajar perubatan hari ini dapat membuka minda (buka fikiran, lapangkan dada)untuk melihat aspek perubatan dan kesihatan dalam ruang yang lebih terbuka dan holistik, kerana pada hakikatnya diri manusia adalah ciptaan yang holistik: ada jasad, ada minda dan ada spiritual. Oleh itu bidang perubatan masa kini harus melihat dari semua sudut, bukan jasad semata-mata. Hari ini di negara barat dan negara-negara maju sudah mula wujud kesedaran untuk menggunakan rawatan melalui pendekatan yang holistik. Di Jepun misalnya sudah wujud kaedah KOMPO, iatu rawatan oleh doktor-doktor berkelayakan, tetapi menggunakan herba dalam terapinya. Kalangan perubatan di Malaysia perlu menjengah keluar melihat bagaimana orang di luar sudah mula kembali ke alam (alami atau natural) dan perlahan-perlahan membebaskan diri daripada kimia, menuju bio, kerana kesan-kesan sampingan kimia ternyata memudaratkan.

    ReplyDelete